Kini sudah masanya pula kedah akan diserang dengan pelbagai isu yang bakal ditimbulkan. Setelah dilihat pulau pinang dan sarawak diwarnai dengan isu-isu kontroversi dan panas yang akhirnya berjaya meruntuhkan keyakinan rakyat negeri itu kepada pemerintah maka sudah tiba pula giliran Kedah untuk menghadapi isu-isu yang dicipta dan tercipta. Buat permulaaan, isu cukai tanah dilihat cuba menggoyahkan perasaan rakyat kedah. Namun bagi orang-orang kampung yang hanya menonton TV3 dan membaca surat khabar utusan pastinya mudah terpengaruh. Fakta sebenar disembunyikan. Yang tersirat dipendam dan yang tersurat dibaca.
Kalau nak pertikai bab cukai ni, bukan UUM saja yang dibelenggu isu itu. Media sepatutnya meng war-warkan juga masalah rakyat 1malaysia masa kini. Semua benda dah kena cukai. nak tengok astro pun kena cukai. Nak hisap rokok pun kena cukai. Cukai pulak melampau-lampau. Kemana duit tu pergi? tanyalah menteri kewangan sendiri. mungkin satu hari nanti nak kencing pun kena cukai. Yang pastinya hanya mereka yang mudah terpedaya sahaja akan mudah percaya.
Cukai ni bagus, bukannya tak bagus. Ia dilihat sebagai sumber kewangan kerajaan. Tapi janganlah cukai pada rakyat didahulukan dan cukai pada syarikat2 dikemudiankan. Kekadang terpikir jugak kenapa harga kereta di Malaysia ni mahal? sedangkan dieropah jauh lebih murah sehingga 200%. Rupa-rupanya jawapan tersembunyi dah ada. Kereta sini mahal sebab harga minyak murah. Kalau nak kira kasarnya, Kalau kereta toyota kat eropah lebih kurang 50 ribu dan kat malaysia 150 ribu maka kerajaan dah dapat 100 ribu. 100 ribu seorang. Subsisi yang dibayar untuk minyak kereta tersebut selama 15 tahun kereta tersebut agak2 boleh cecah 100 ribu tak? So maknanya selama ni kita bayar minyak dengan harga yang jauh lebih mahal dari negara eropah???...lu pikirlah sendiri.
Berbalik kepada negeri kedah, kita tunggu dan lihat je isu kemiskinan, isu pembalakan dan isu-isu moral ADUN akan timbul. tunggu dan lihat.
Blog ni membicarakan isu-isu semasa dan politik semasa . Segala pandangan dan isi kandung adalah komen dari penulis sendiri. Penulis tidak memihak kepada mana-mana parti politik
Wednesday, April 20, 2011
Saturday, April 16, 2011
KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN SARAWAK
Nampaknya BN menang mudah 2/3 setakat ni keputusan tak rasmi. Memang dah agak memang BN akan menang. BN dilihat menggunakan sepenuhnya jentera bagi tujuan kempen. Penggunaan media massa dan elektronik adalah salah satu jentera yang amat berkesan. Isu-isu panas pembangkang juga mempengaruhi pengundi di sarawak. Kalau tengok kat tv, BN memang banyak memberi pembangunan di sarawak bak kata lain kalau pembangkang yang memerintah nampaknya habislah sarawak sepertimana habisnya selangor kelantan dan pulau pinang yang dilihat dan di war-warkan media massa dan elektronik sebagai pemerintahan yang kurang berjaya. Kepada yang ada planning nak jadi calon atau wakil rakyat disarankan pilihlah BN bak kata lainnya kalau letak lembu pun jadi calon BN pasti menang. Penyokong utamanya adalah Askar, Polis individu-individu yang mengundi pos. Kekadang tu terfikir jugak, masih relevan lagikah undi pos ni..jadi fikir-fikirlah!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)