Saturday, April 16, 2011

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN SARAWAK

Nampaknya BN menang mudah 2/3 setakat ni keputusan tak rasmi. Memang dah agak memang BN akan menang. BN dilihat menggunakan sepenuhnya jentera bagi tujuan kempen. Penggunaan media massa dan elektronik adalah salah satu jentera yang amat berkesan. Isu-isu panas pembangkang juga mempengaruhi pengundi di sarawak. Kalau tengok kat tv, BN memang banyak memberi pembangunan di sarawak bak kata lain kalau pembangkang yang memerintah nampaknya habislah sarawak sepertimana habisnya selangor kelantan dan pulau pinang yang dilihat dan di war-warkan media massa dan elektronik sebagai pemerintahan yang kurang berjaya. Kepada yang ada planning nak jadi calon atau wakil rakyat disarankan pilihlah BN bak kata lainnya kalau letak lembu pun jadi calon BN pasti menang. Penyokong utamanya adalah Askar, Polis individu-individu yang mengundi pos. Kekadang tu terfikir jugak, masih relevan lagikah undi pos ni..jadi fikir-fikirlah!!!

No comments:

Post a Comment